Kampung Lotu
Dek kecuaian orang
lain, orang yang tidak bersalah menjadi mangsa dan kini meringkuk di dalam
penjara di Bangkok buat selama-lamanya. Itulah yang terpaksa ditanggung oleh
Afandi Bin Abdul Manaf yang dikatakan penyebab berlakunya kemalangan antara
kenderaan polis dan tentera sewaktu dalam perjalanan dari sebuah Balai Polis di
Pattani.
Beliau telah menerima
surat dari pihak polis yang dihantar melalui Ketua Kampung untuk sisasatan satu kes
tembakan. Beliau bersama-sama Ketua Kampung telah ke Balai Polis untuk memberi
penerangan. Hasil soal siasat, mendapati dia tidak bersalah.
Ibu yang tabah |
Kemalangan tersebut berlaku semasa dalam perjalanan ke Balai Polis di Perlok dan menyebabkan kematian
kesemua anggota polis yang bersama dalam kenderaan tersebut.
Hasil siasatan pihak
berkuasa dan memutuskan bahawa Afandi telah
bertindak untuk merampas kenderaan yang dipandu oleh anggota polis berkenaan.
Sedangkan kenderaan polis terbabit dipandu laju dalam keadaan mabuk (sumber dari Afandi).
Bertudung coklat: Isteri Afandi menceritakan insiden tersebut |
Akibatnya, kini
isterinya terpaksa membanting tulang empat kerat menoreh getah untuk menampung
berbelanjaan beliau dan anak tunggalnya berusia 11 tahun.
Penyerahan sumbangan oleh pihak NUSANTARA dan AMANI Malaysia |