Tuesday, April 30, 2013

5 000 Anak Yatim Perlukan Pembelaan


 Konflik yang berlarutan antara pejuangan pembebasan Patani dengan pihak penjajahan menyebabkan ramai anak   kehilangan ayah dan tempat bergantung. Pergolakan di Patani Darussalam selama 9 tahun telah menaikan lagi angka anak yatim. Sehingga kini terdapat lebih daripada 5 000 orang anak yatim dan 3 000 ibu tunggal.

Demikian dijelaskan oleh Norizan Dolah pengerusi "Deep Peace" dalam pertemuan dengan beliau di Narathiwat berdekatan dengan perkarangan Majlis Agama Islam Narathiwat.

Menurut beliau sumbangan untuk anak yatim datang dari pelbagai pihak. Ada daripada orang perseorangan dan  pertubuhan. Malah terdapat pertubuhan kebajikan dari Malaysia turut memberikan sumbangan.

" Dari Malaysia, Pertubuhan Aman Patani banyak memberikan sumbangan kepada kami." kata Darrani Binti Ismail selaku Setiausaha Deep Peace.

"Pihak kami sekarang ini mengurus dan menjaga 48 orang anak yatim. Sebelum ini terdapat 60 orang anak yatim dibawah kelolaan kami. Mereka kembali ke pangkuan keluarga masing." jelas Puan Darrani.

Anak-anak yatim yang berada dibawah jagaan  Deep Peace   berumur  12-14 tahun. Pihak pengurusan Deep  Peace memerlukan 130- 140 000 Bath sebulan untuk setiap seorang anak yatim di sini..


Gambar: Berbaju biru Norizan Dolah dan Puan Darrani Ismail


Gambar dan tulisan

Oleh Tun Sri Lanang

Monday, April 29, 2013

Bicara Patani Kali Ke 16

Bicara Patani kali ke 16 yang diadakan di perkarangan pejabat Majlis Agama Islam Menara(Narathiwat) telah berjaya lebih daripada 7,000 orang hadirin. Mereka datang dari jauh dan dekat. hanya untuk mendengar dan memberi sokongan kepada program mencari kedamaian di wilayah yang terluka  ini, Patani Darussalam.
Hari itu cuaca cukup panas. Tidak ada kipas yang disediakan untuk meredakan kepanasan.Tidak ada penghawa dingin disediakan. Namun begitu rakyat Patani  tekun sabar menanti di bawah khemah yang panas selama 3 jam 15 minit. Semua hadirin terpaku di tempat duduk masing-masing mendengar hujah dari ahli panel..

Tiga orang pembicara ditampilkan pada hari itu.Seorang dari Malaysia dan dua orang dari Patani Darussalam.

Menurut seorang hadirin, Encik Hasan Tola,"ahli panel membicara isu yang dikemukakan cukup baik menarik. Mereka memberikan pandangan yang cukup positif."Katanya lagi,"ahli panel banyak menyentuh isu yang berkaitan dengan Islam dan memberikan jawapan berdasarkan persektif Islam."



Bicara Patani dikira cukup menarik kerana mampu menarik perhatian ramai anak muda hadir. Tidak kurang pula ramai diantara mereka yang  menjadi sukarelawan untuk menjayakan program yang dianjurkan oleh sekumpulan wanita yang dikenali dengan nama " Deep Peace".

Selain daripada itu berbagai acara diadakan seperti persembahan nasyid,silat,jualan pakaian,dan ke pada anak yatim.


Adik Bismi turut menerima sumbangan pada hari itu.Beliau begitu terharu dengan perhatian yang diberikan terhadapnya.Beliau tidak mampu berkata apa-apa. Hanya tangisan dan linangan airmata tanda berterima kasih.








Pihak penganjur juga tidak lupa mempamerkan wajah ulamak besar Fathoni Darussalam yang lahir di sini serta sumbangan  mereka berikan terhadap agama Islam dan budaya ilmu sehingga terkenal dengan nama 'Serambi  Mekah'



Oleh Shakir Md Taha

Friday, April 26, 2013

Surat Dari Fathani

Kami tidak mengedit tulisan di bawah ini.
Editor Aman Patani.

Perayaan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal
Wilayah Sempadan Thai

1.Nama: Perayaan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal.
2.Penanggungjawaban: Persatuan Wanita untuk Kedamaian Wilayah Sempadan Thai(Deep peace) dengan mendapat kerjasama daripada:-

1. Sukarelawan
2.Pusat Kebudayaan Selatan(bumi)
3.Pejabat kesihatan Ad-din
4.Persatuan Intelek Seni Budaya(PICSEB)
5.Jaringan Pembelaan Hak dan Keadilan(HAP)
6.School of Peace
7.Persatuan Mahasiswa Wilayah Sempadan Thai
8.Wartawan Tani(Wartani)
9.Pusat Peguam Bantuan
10.Yayasan Peguam Muslim(MAC)
11.Kumpulan Juru Photo Untuk Kedamaian
12.Ikatan Temeja Persatuan Mahasiswa Wilayah Independen Se-Patani(IRIS)
13.Lembaga Pemuda untuk Pembangunan dan Kedamaian
14.Puan Sarina Kalong
15.Tuan Muhammad Hj TheKum


3.Ketua Pelaksanaan dan Anggota Kerja

Ketua Pelaksanaan:       Nurizan  Dolah
Wakil Ketua          :       Huda Longdewa
Wakil Ketua          :       Romlah Seayek
Setiausaha             :       Darani Che'Loh
Bahagian  Tempat  :       Romlah Seayek
Memungut Dana    :       Fatihah Ma'lee
Perhubungan         :        Fadhilah Ni'soh



Sunday, April 21, 2013

Wajah Srikandi Yang DiTahan


Pihak tentera dan polis menahan Cik Padila atas tuduhan tanpa bukti yang kukuh dan jelas. Udang-undang ISA(Ikut Suka Aku) telah digunakan untuk menahan guru muda ini.

Gambar: Wartani

Saturday, April 20, 2013

Srikandi Ditahan Pelajar Bangkit.

Seorang guru wanita(tadika) ditahan oleh pihak pemerintah tentera tanpa bukti kukuh.Guru itu bernama Padila Soman ditahan untuk soalsiasat. Srikandi ini ditahan sewaktu mengadakan kem kepada murid-muridnya.

Pihak pelajar dan Hak Asasi Manusia menuntut penjelasan sebab penahan Saudari Padila.Mereka telah ke Unit Khas 42 di mana Saudari Padila ditahan. Pihak tentera enggan membenarkan keluarga Padila menemuinya dengan alasan 'suspek' sedang disoalsiasat.










Menurut Badan Pelajar pihak tentera sewenang-wenangnya menggunakan kuasa mereka menahan sesiapa yang disyak. Tindakan tidak profesional pihak keselamatam Thailand seperti tentera dan polis sering mendapat sindiran daripada masyarakat."Hanya pandai tangkap kambing hitam sahaja tetapi harimau dibiarkan berkeliaran."


Wednesday, April 17, 2013

Pisau Kerambit Dari Patani( II)



"Alangkah bodoh aku." kata Encik Osman dengan geramnya, "Hotel ini ditinggalkan dan mereka telah keluar tidak siapa yang mengetahuinya."

Beberapa hari kemudian Encik Osman kelihatan kembali ke Singapura diiringkan  oleh Si Karim.

Pemuda yang  tergantung kaki ke atas di dalam bilik hotel itu sudah dihantar ke Bangkok,tidak dibenarkan lagi masuk  ke Malaya, sebab dia  memimpin satu barisan haram yang dinamakan: Pembasmi Pemberontakan Patani. Dihantar juga bersama dengannya beberapa orang ahli gerakannya termasuk Nona Mary.

Di dalam kocek baju anak muda itu di waktu di hospital  didapati secarik kertas bertulisdengan dakwat merah demikian bunyinya.

"Tuan chief inspector! Terimalah orang muda Siam ini sebagai tawanan hidup atau mati Kami sepatutnya telah membunuh dia terlebih dahulu kerana dia menjadi nusuh kami orang-orang  Melayu Patani yang bergerak  hendak merdeka  . Tetapi sebagai penghormatan kepada tuan kami tinggalkan dia tergantung untuk jadi tangkapan tuan supaya  jangan tuan terlalu berhampa tangan

"Janganlah cuba menghampiri hal-hal kami lagi,, keranakami tidak akan mengganggu keamanan negeri ini. Dan supaya jangan  merunsingkan tuan biarlah kami  terangkan bahawa  yang membunuh haji di Parit Buntar itu ialah kami sendiri sebab ia cuba mahu belot kepada gerakan bangsanya. Begitu juga Tauke  Tan itu telah mensia-siakan nyawa kerana menjadi perkakas musuh kami."

                                     Tandatangan   "Kerambit   Patani'.


Penulis Keris Mas

Mastika,Julai 1948

Petikan dari Kumpulan Cerpen Sasterawan Negara Keris Mas 1946-1989

Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur(1996)

Saturday, April 13, 2013

Lawatan Ke Putrajaya


Dalam rangkanya memahami sistem pelajaran di Malaysia,Pertubuhan Badan Kebajikan Aman Patani Malaysia(Amani Malaysia) mengadakan lawatan sambil belajar selama dua hari ke Bahgian Pembangunan Kurikulum(BPK),Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya.

Pihak Amani Malysia telah diberi taklimat tentang sistem pelajaran di Malaysia dan sempat berdialog dengan beberapa orang pegawai di situ.

Pihak Amani Malaysia mendapat layanan cukup memuaskan daripada BPK.Ketua deligasi Amani Malaysia, Sdr. Syamsul sempat menghadiahkan beberapa buah buku tentang masalah Patani Darussalam yang diterbitkan oleh badan itu.

Friday, April 5, 2013

Timbalan Gabenor Jala Terbunuh


 Timbalan Gabenor Jala Issra Thongthawat terbunuh dalam letupan bom di Bannang Sara.Kejadian itu berlaku pada pukul 12.40 tengahari Jumaat  5April 2013.Beliau telah dikejarkan ke Hospital Jala dan meninggal dunia di situ.



                                       Keretanya mengalami kerosakkan yang teruk