Wednesday, July 8, 2015

"Ramadhan Cinta Syuhada": Kisah Pertama


Syukur Dalam Sedih di Kampung Nat Padang, Teluban, Pattani.

Zakaria Mat, kini meringkuk di penjara di Bangkok, Thailand. Dituduh/difitnah dan dijatuhkan hukuman penjara gantung sampai mati selepas melalui 3 peringkat mahkamah.

Ibu yang merindui anak

Sewaktu kejadian, Zakaria Mat, 30 tahun dan kini telah 8 tahun menjalani kehidupan di penjara. Beliau dituduh membunuh pengetua dan membakar sebuah sekolah kebangsaan di Pattani. Beliau menjadi mangsa fitnah oleh seorang saksi palsu yang mengaku melihat Zakaria berada di tempat kejadian. Sedangkan tertuduh ada di rumah sewaktu kejadian.

Selain Zakaria, ayah tiri beliau juga iaitu Che Wanik bin Che Meng juga telah ditangkap dan dipenjara selama 47 hari di Penjara Pattani dek kerana dikaitkan dengan kes yang sama. Bukan sahaja Che Wanik, 2 orang lagi anaknya serta 35 orang kampung juga turut ditangkap.

Dari kanan: Adik bongsu, ayah tiri, ibu

Walaupun kesemuanya dilepaskan kerana tiada bukti kukuh, namun mereka dipaksa membayar wang jaminan untuk bebas dari penjara iaitu sebanyak RM20,000@200,000 bath seorang melainkan Che Wanik pula sebanyak RM70,000@700,000bath.
Kini, Zakaria Mat telah mendapat keampunan dari Raja Thai dengan pengurangan hukuman. Beliau kini menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Sumbangan dari Yayasan Nusantara dan AMANI Malaysia


“SILA KONGSI ARTIKEL INI ATAS NAMA KEADILAN BUAT RAKYAT PATANI. MOHON SEMUA DOAKAN PERLINDUNGAN KEPADA SAUDARA SEISLAM DI PATANI”