Saturday, September 28, 2013

Program Qurban di Patani & Sampul Duit Raya AMANI

Program Qurban di Patani & Sampul Duit Raya AMANI

Assalamu'alaikum w.b.t.

Salam keamanan dari AMANI MALAYSIA. Insyaallah sempena Aidiladha yang bakal tiba AMANI MALAYSIA  meneruskan siri program Qurban di Patani seperti mana tahun-tahun sebelumnya.

Penyertaan korban masih dibuka (boleh rujuk pamphlet yang dilampirkan), jika berminat boleh menghubungi pihak kami.Ada sedikit kelainan pada tahun ini. Kami turut melancarkan Sampul Duit Raya AMANI untuk menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal dan anak yatim mangsa konflik di Patani. Sebarang sumbangan sangat dialu-alukan dan bolehlah menghubungi pihak kami. Ayuh  sahabat-sahabat marilah menyumbang seikhlas hati buat mereka yang memerlukan.

Sahabat-sahabat juga dialu-alukan untuk mewar-warkan program ini kepada sahabat-sahabat dan kenalan yang lain.

"Tiada Keamanan Tanpa Keadilan"

Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA)
Serambi Dakwah,
Lorong Bagan Lalang 22,
Taman Bagan Lalang,
13400 Butterworth,
Pulau Pinang.

Hubungi/SMS: 0174133858/0135252663



 


 

Wednesday, September 25, 2013

Bangunan Anak Yatim Deep Peace Berjalan Lancar

Bangunan Anak Yatim Deep Peace berjalan lancar. Ahli jawatankuasa Deep Peace telah turun ke padang dan berjumpa dengan peniaga yang menjalankan perniagaan di Malaysia.

Pihak Deep Peace telah meletakkan tabung di kedai makanan yang dipilih. Pihak peniaga telah memberikan kerjasama yang cukup baik dalam usaha membantu anak yatim.







Fasa pertama dijangka siap pada tahun 2014. Bangunan yang terletak di Palas, wilayah Patani bakal nanti menempatkan pejabat Deep Peace bagi memudahkan semua urusan.

Saturday, September 14, 2013

Rumah Anak Yatim Di Palas, PATANI

Pertubuhan Deep Peace, senua NGO wanita yang bergerak aktif  membantu dan menguruskan anak yatim telah membangunkan sebuah bangunannya sendiri. Bangunan dua tingkat itu sedang dibangun di Palas kira-kira 30 kilometer daripada Pekan Patani. Tanah seluas 20 ekar telah diwakafkan untuk projek  ini.



Menurut seorang juruckap Deep Peace,bangunan dua tingkat itu nanti akan menyediakan bilik yang berasingan untuk anak lelaki dan perempuan. Pejabat Deep Peace juga akan beroperasi di sini. 



Bangunan ini diusahakan oleh Deep Peace dengan kerjasama Aman Patani Malaysia(Amani). Setakat ini sumbangan diterima daripada individu dari Malaysia dan Singapura.








Dalam proses pembinaan. Sumbangan daripada anda sangat-sangat diharapkan dalam mempercepatkan siapnya bangunan ini.











Bangunan ini jangka siap pada tahun hadapan.















Thursday, September 5, 2013

PROGRAM QURBAN DI THAILAND SELATAN(HUJUNG SELATAN) BERSAMA AMANI DAN PERSATUAN ULAMA WILAYAH PERSEKUTUAN (1434)


Untuk satu bahagian lembu harga RM350.00 . Seekor lembu  RM2450.00.  Untuk maklumat seterusnya sila hubungi talinan di atas.

Ditembak Ketika Menunggang Motorsikal

Syukri Atae, 24 ditembak baru-baru ini ketika pulang dari majlis kenduri arwah kawannya yang tidak jauh dari rumahnya. 

Kejadian itu berlaku pada pukul 9.30 malam. Beliau ditembak beberapa kali dan dua das peluru telah singgah ke rusuk dan lututnya. Syukri berada dalam keadaan kritikal dan ditempat di bilik kecemasan(ICU).

Menurut doktor peluru yang berada dirusuk belum boleh dikeluarkan kerana keadaan Syukri cukup kritikal. 

Anak muda yang baik ini mendapat pendidikan di pondok dan baharu sahaja menyelesaikan pengajiannya di People's College Patani, Patani Darussalam.

Di hujung Selatan nyawa orang Melayu Islam Patani sentiasa terancam terutamanya guru TADIKA yang berbakti kepada anak bangsa Melayu Islam Patani.