Tuesday, July 30, 2013

Menziarahi Tanah Pusaka Yang Terluka

Namanya Mohd Saiful Bin Roni. Berusia 28tahun. Seorang guru tadika lulusan kolej Sheikh Daud Al-Fathoni.Mati ditembak sewaktu hendak pergi menoreh getah.


Bertudung merah ialah ibu as-syahid Mohd Saiful Bin Roni. Beliau begitu terharu sekali menerima kunjungan AMANI dari Malaysia. Ibu tinggal di Kampung Pulau Sena di daerah Raman Jala.Kampung  yang jauh di pedalaman ini sering bergolak. Pihak tentera menamakan kawasan ini sebagai 'Zon Merah'                                                 

Monday, July 29, 2013

Buah Kurma Untuk Saudara Islam di Negara Patani Darussalam

Sukarelawan Aman Patani sedang memeriksa buah tamar yang diakan diserahkan kepada pondok, mangsa konflik dan pertubuhan NGO.

Semua buah kurma ini telah didermakan oleh saudara Islam dari Malaysia.

Setiap tahun menjelang Ramadan mereka menghulurkan berkotak-kotak buah kurma untuk diagihkan ke Negara Patani Darussalam.

Kali ini Aman Patani dengan kerjasama NGO di wilayah Patani,Menara dan Jala membahagikan buah kurma hasil sumbangan rakyat Malaysia.

Menurut Syamsul Ery,Timbalan Pengerusi Aman Patani setiap bulan Ramadan, mereka mengadakan program ziarah ke Negara Patani Darussalam sambil bertanya khabar tentang kehidupan mereka sambil menghulurkan sedikit derma sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan dan menjelang Syawal.

Saturday, July 20, 2013

PENOREH GETAH DITEMBAK MATI

Sepasang suami isteri ditembak mati  oleh orang yang bersenjata. sewaktu dalam perjalanan ke kebun getah di Yaring,Patani pagi tadi. Mangsa ditembak dikepala  dan mati  ditempat kejadian.

Mangsa dikenali sebagai Ismail(Ma-air) Jehma,45 dan isterinya Aminah Kama 41.

 

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     
   


                                                                                                                                                                                                                                                                            

Monday, July 15, 2013

Lelaki Bersenjata Memecah Kedamaian Hari Ini.

Pagi tadi seorang lelaki bersenjata  melepaskan tembakan kepada seorang ahli  NGO HAP.Menurut seorang saksi lelaki  bersenjata itu  daripada  kumpulan  tentera hitam. Kejadian itu  berlaku di Bendang Setar.

Talib Shafie  mangsa tembakan telah  dimasukam ke Hospital Jala. Beliau berada dalam keadaan yang kritikal.

Sebelum ini beliau telah menghadiri majlis berbuka puasa anjuran sebuah NGO  dari  Malaysia.






Saturday, July 13, 2013

HARI INI SUNYI DAN TENANG

Hari tiada tangkapan oleh tentera Siam.
Tiada letupan bom.
Sunyi
Banyak pusat kawalan tentera di tiga wilayah ditutup.
Tentera hanya meronda di bandar sahaja.

Jauh dari bandar tentera berkurung  di dalam kem.
Tak keluar.

Perjanjian 40 hari.
Permintaan Thailand
BRN letak syarat

Hari ke 2 langgar syarat bom meletup di daerah Raman Jala.
Truk rosak teruk.
Tentera cedera parah.

Tapi hari tenang dan damai.
Tiada tangkapan.
Tiada letupan bom.
Tiga wilayah  dan Singgora tenang.

Dan tentera Siam tidur lena di kem.

Friday, July 12, 2013

THAILAND TIDAK AKAN PENUHI TUNTUTAN BRN

BANGKOK 11 Julai- Tentera Thailand tidak akan memenuhi tuntutan kumpulan pejuang Barisan Revolusi Nasional(BRN) supayamengundurkan tentera yang ditepatkan di Negara Patani sepanjang buan Ramadan.

Setiusaha  Majlis Keselamatan Kebangsaan Jeneral Pardon Pattanatubut berkata, permintaan BRN itu tidak akan dilayan tetapi penugasan semula anggota tentera akan dilakukan sepanjang tempoh berkenaan.

Katanya,pasukan keselamatan hanya akan menjalankan operasi memburu di sesetengah kawasan dan jumlah tentera akan turut dikurangkan di beberapa kawasan bagi memberi laluan kepada sukarelawan dan polis.

Tiada serangan terbaru dilaporkan di tiga wilayah bergolak di Patani,Menara dan Jala sejak umat Islam berpuasa semalam-AGENSI.




Tuesday, July 9, 2013

PERANG KAIN RENTANG DI PATANI DARUSSALAM



'Perang' kain rentang bermula. Kain rentang mula digantung di wilayah Menara, Patani dan Jala. Juga dibeberapa kawasan di wilayah Singgora. Polis telah dikerahkan untuk menurunkan kain rentang itu.


Friday, July 5, 2013

PESANAN KEPADA TENTERA SIAM KELUAR DARIPADA TIGA WILAYAH

Pihak tentera Siam menjumpai pesanan yang bertulis tangan digantung dipapan tanda jalan raya pagi Jumaat ini.


Pesanan  itu dijumpai di daerah Muang, Menara,Patani Darussalam. Pesanan itu meminta pihak tentera 'segera' keluar daripada tiga wilayah Patani Darussalam.Dinyatakan lagi semakin ramai tentera berada di wilayah ini, akan bertambah lagi serangan ke atas tentera Siam.

Pesanan  itu diturunkan pada jam 9.00 pagi.

MAJLIS BERBUKA PUASA DI PATANI DARUSSALAM



Menziarahi wilayah yang sering terluka, Patani Darussalam.

Thursday, July 4, 2013

Tiga Orang Cedera Parah Di Menara






Tiga orang tentera sukarelawan Thai cedera parah dalam letupan bom di Menara hari ini. Demikian dijelaskan oleh seorang jurucakap polis.

Menurut pegawai bertugas di balai polis Chanik,Lt Payothon Eiadrak bom seberat 7 kilo telah diletupkan dengan menggunakan telefon bimbit sebaik sahaja tentera meronda lalu di tepi jalan bagi mengawasi keselamatan guru-guru di situ.

Letupan sedalam 50sm dan 90 sm panjang akibat bom buatan sendiri.


Gambar: Waedao Harai

Tuesday, July 2, 2013

Patani Darussalam Itu......?

Orang mula bicara pasal Thailand Selatan di kedai kopi. Tentera siam mati 8 orang kerana letupan bom. Lori mereka hancur kerana letupan bom seberat 50 kilo. Pihak pejuang Pembebasan Patani dikatakan melakukannya.

Sumber berita diambil daripada AFP. Hampir surat khabar di Malaysia menyiarkan berita ini. Orang yang sembang di kedai kopi itu mempunyai latarbelakang pendidikan yang berbagai-bagai. Itu aku tak kisah. Tapi aku kisah bila bercakap biarlah ada ilmu. Kalau tak tahu lebih baik diam.

Dalam ramai-ramai ada seorang Prof. Serbatahu. Katanya orang Patani bercakap bahasa Siam dan Patani diserah kepada Siam!

Aku tanya dia bila Patani diserah kepada Siam. Dia tak tahu.Memang benar orang Melayu Patani pandai bercakap bahasa Siam kerana sistem pendidikan  yang memaksa mereka berbuat demikian.

Bukan semua anak Melayu Islam Patani boleh bercakap Melayu. Ada yang tidak boleh. Secara ringkas aku dapati ada tiga kumpulan pertuturan. Kumpulan pertama mereka boleh bercakap bahasa Melayu dialek Patani dan boleh membaca serta menulis jawi.Mereka ini juga mahir bahasa Arab.

Manakala kumpulan kedua,bertutur dan menulis dalam bahasa Thai. Mereka ini kebanyakannya generasi muda hasil proses asimilasi penjajah Thailand.

Kumpulan ketiga bertutur bahasa Melayu dialek Patani tetapi  tidak menggunakan tulisan jawi untuk menulis dan membaca.

Dasar penjajah Siam telah mewajibkan orang Melayu Islam Patani mengikuti sistem pendidikan yang berteraskan budaya Thai dan Buddha.

Dari segi sejarah  Patani Darussalam ialah sebuah kerajaan berdaulat selama 445 tahun. Ia telah mencapai zaman keemasannya  bermula dari tahun 1554 hingga 1661. Kekayaan dan kemakmuran Patani Darussalam dicemburui oleh Siam. Kerajaan Siam begitu berselera hendak menguasai wilayah Melayu ini. Serangan demi serangan dilancarkan oleh tentera Siam.

Akhirnya kerajaan Patani Darussalam tumpas ditangan panglima Siam yang bernama Phraya Kalahun. Pada masa itu keadaan pertahanan Patani sangat lemah.Namun begitu tentera Siam tetap menerima tentangan. Siam juga melancarkan serangan  dari laut. Ianya bermula pada bulan Julai 1786.Serangan ini tidak menerima tentangan yang hebat di daerah Jering menyebabkan pertahanan di darat menjadi goyah dan dapat ditembusi.

Keadaan dipermudahkan lagi kerana ada pembelot dalam istana yang bernama Nai Can Thong. Beliau ini berketurunan Siam Ligor yang menjadi orang kepercayaan Sultan Muhammad telah membocorkan rahsia pertahanan Patani kepada  Phraya Kalahun. Kerajaan Patani Darussalam tewas dan berjaya dikuasai seluruh wilayahnya pada bulan November 1786. Patani Darussalam sudah hilangtaring dan tidak mempunyai kekuatan untuk menentang Siam. Inggeris telah berkomplot dengan Siam dan telah menyerahkan wilayah Patani Darussalam kepada Siam melalui Perjanjian Anglo-Siam pada tahun 1909.Sejak diisytiharkan sebagai sebahagian daripada Siam,umat Islam bertambah resah dan semangat jihad tidak pernah padam.