Wednesday, August 29, 2012

Derita Luka Anak Patani

nilah kad pengenalan Tuan Zulkifli yang masih dalam penjara.(Lihat Derita Anak Patani). Sebagai anak jajahan Siam nasibnya tidak menentu.Hukuman 10 tahun 6 bulan telah dijatuhkan dan dalam usia yang sebegitulah muda telah menghadapi ujian yang cukup berat.Anak muda lepas madrasah di Patani terpaksa menghadapi tuduhan ini dengan tabah.Kepada Allah dia berserah.


Dia dan keluarga tiada tempat untuk mengadu dalam kes ini.Menurut wakil penduduk yang hadir dalam perbicaraan itu,ianya berjalan dengan begitu pantas sekali dan Tuan Zulkifli didapati bersalah!



 
Ini wajah Tuan Zulkifli. Dia anak kampung.Nama kampungnya disebut orang Kampung Gelong.Ibunya masih ada tetapi sudah lanjut usia.Sudah berusia 60 tahun.

Tuhan itu Maha Pengasih,Maha Menyayang. Dia masih punya anak lelaki lagi. Anak inilah yang membantu mencari rezeki untuknya serta keluarga.Dia juga diuji dengan anak lelakinya yang mengidap penyakit DS(Down Syndrome). Anak ini sudah berusia 22 tahun.

Hati siapa yang tidak terharu melihat keadaan ini berlaku dihadapan mata dan didalam keadaan sedar.Walaupun tak banyak yang dapat dilaku untuk Tuan Zulkifli tetapi kita punya kekuatan senjata iaitu doa.Dan Tuan Zulkifli masih mempunyai ibu,ibu lah 'senjata'yang paling mujarab. Sama-samalah kita berusaha dan berdoa untuk Tuan Zulkifli.

Dan kami dari Amani Malaysia cukup perihatian  dengankeadaan Tuan Zulkifli dan keluarganya.

Sumber: kembarakhalifah.blogspot.com

Wednesday, August 15, 2012

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI PERTUBUHAN KEBAJIKAN AMAN PATANI MALAYSIA (AMANI MALAYSIA)



Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) merupakan sebuah pertubuhan kemanusiaan yang memfokuskan kepada isu konflik di Selatan Thailand dalam usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan serta menggerakkan usaha-usaha mencari jalan kedamaian dan keamanan di wilayah bergolak Selatan Thailand. Individu-individu yang memiliki keperihatinan dan keyakinan yang tinggi, komited serta memiliki public relation (PR) yang baik adalah dipelawa untuk mengisi jawatan seperti berikut:-

JAWATAN:- EKSEKUTIF KERJA

SYARAT KELAYAKAN:
  • -  Warganegara Malaysia berumur 23 tahun ke atas
  • -  Berkelulusan minimum STPM/ Diploma/ Ijazah
  • -  Mempunyai lesen memandu kereta dan motorsikal
BIDANG TUGAS:
  • - Menggerakkan urusan-urusan pentadbiran AMANI
  • - Menggerakkan program-program lapangan AMANI
  • - Merancang dan menggerakkan program kesedaran/ roadshow AMANI
  • - Menguruskan perhubungan AMANI dengan pihak-pihak berkepentingan
TARAF JAWATAN:
  • - KONTRAK
CARA MEMOHON:
  • - Pemohon perlu menghantar resume ke amanpattani@yahoo.com
  • - Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan akan dipanggil untuk sesi temuduga
  • - Pemohon yang layak sahaja akan dihubungi untuk sesi pemilihan.
“TIADA KEAMANAN, TANPA KEADILAN’

Tuesday, August 14, 2012

Kehidupan Di Kampung Pulau Gasing,Fathoni

Namanya Kampung Pulau Gasing.Di sini tenang dan damai.Udaranya bersih.Banyak buah-buah kayu ditanam di sini.Tanahnya cukup subur.Ada balai tua tempat mengaji Al-Quran dan juga sebagai pusat pengajian Islam secara ummumi.Bila tiba musim durian gugur penduduk di sini dapat merasa kelazatan buah walaupun tidak mempunyai dusun.Tuan punya dusun begitu bermurah hati akan membahagi-bahagikan hasil tanaman setiap kali tiba musim buah-buahan.  


Tapi ada waktunya penduduk di sini diganggu oleh orang yang bersenjata.Orang ini tidak punya kepala,tidak punya hati tetapi punya telinga dan mata.Dia datang atas nama demokrasi.Mahu mencari pengganas yang wujud dalam mindanya.Sedangkan orang yang dicari itu cukup warak dan alim dalam hal agama.

Orang yang bersenjata itu cukup benci kepada orang yang berpegang kukuh kepada agama Islam.Orang sebegini perlu dihapuskan di muka bumi ini.

Jadi tidak hairan kalau orang sebaik As Syahid Yaakub yang saban hari mengulit kitab ditembak mati pada suatu pagi di kebun getah.As Syahid Yaakub ditembak pada pukul 8.00 pagi waktu tempat(Fathoni) ketika berusia  36 tahun.


Di Kampung ini ada balai untuk umat Melayu Islam menimba ilmu.Balai ini digunakan untuk anak-anak mempelajari Al-Quran dan juga sebagai pusat pengajian.Dahulu di sini ada pondok.Pondok Baba Lah namanya.Dengan perginya Baba Lah pondok ini kian malap tapi pengajian dan kuliah tetap diadakan di balai tua ini.

Oleh Shakir Taha

Tuesday, August 7, 2012

Sekolah Rendah Kebangsaan Merleh Masih Ditutup


 Kini sudah 2 tahun terlalu Sekolah Rendah Kebangsaan Merleh,Kampung Merleh mukim Sawa daerah Resak,Narathiwat belum lagi dibuka oleh pihak pemerintah Thai. Sekolah itu ditutup oleh pihak kerajaan kerana dibakar oleh pihak bersenjata.

Sekolah yang mempunyai 200 orang murid telah dipindahkan ke sekolah yang berhampiran. Ada yang dipindah ke bandar dengan menaiki trak atau kereta besar tentera.

Sebelum berlaku peristiwa sekolah dibakar,seorang guru telah ditembak. Akibat daripada kejadian itu ramai guru yang takut hendak datang mengajar. Pihak pemerintah Thai membuat keputusaan untuk menututp sekolah tersebut.


Kampung Merleh sebuah perkampungan yang terletak jauh di pedalaman telah dikateorikan sebagai 'kampung merah' oleh kerajaan Thai. 'Kampung merah' telah dicap sebagai kampung yang dikuasai oleh puak pejuang.

Sekolah Rendah Kebangsaan Merleh yang bangunannya semua dibakar hangus bersama dengan 20 buah sekolah kerajaan yang lain di Narathiwat. Sekolah lain yang terlibat dengan kejadian kebakaran telah dibangunkan semula dan mendapat bangunan baru.

Tetapi sekolah ini tidak dibangunkan semula dan dibiarkan sahaja oleh pihak pemerintah. Tidak ada guru yang berani datang untuk mengajar.Ramai murid yang tidak ke sekolah kerana kereta tentera tidak datang ambil.Ada juga murid yang mengikut orang tuanya bekerja di kebun dan juga ke Malaysia. Hanya ibu bapa yang mampu sahaja yang menghantar anak mereka bersekolah di bandar.

Kini ramai pelajar di Patani yang belajar di bawah khemah dan pokok kerana bangunan yang dibakar belum dibangunkan semula.

Berbeza sungguh dengan murid-murid dan pelajar di Bangkok. Mereka dibekalkan dengan laptop sebagai alat pengajian sedangkan pelajar-pelajar di tiga wilayah Melayu belum lagi dapat melihat bilik darjah!