Tuesday, November 29, 2011

Monday, November 14, 2011

Pencarian Sukarelawan Aman Pattani (AMANI)

klik pada gambar utuk lebih jelas

Kami memerlukan anda!!!

Perkembangan isu konflik di Selatan Thai semakin meruncing. Saudara kita di sana begitu memerlukan bantuan kemanusiaan. Justeru sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, hadirlah ke:

BENGKEL SUKARELAWAN AMAN PATTANI (AMANI)

[Anjuran : AMAN PATTANI (AMANI)]

Dalam bengkel ini, anda akan didedahkan dengan penerangan isu dan latihan dalam kumpulan tentang di mana anda boleh menyumbang tenaga dan material.


Butiran Bengkel :

Tarikh : 27 November 2011

Masa : 9 pagi - 3 petang

Tempat: Surau At-Taqwa, Taman Bertam Indah,

Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P. Pinang.


Untuk butiran lanjut, sila hubungi :

Saiful 019-4131472

Nisa' 013-4529807


Thursday, November 10, 2011

Sekitar Ziarah Qurban Di Selatan Thai

Dari Malaysia ke Thailand...

RM kepada Baht...

Team AMANI tiba di Danok...

Mulakan langkah-Danok ke Sebayo....

Taklimat perjalanan program...

Pagi Aidiladha di Tibo....

Wajah ceria anak-anak Pattani menyambut Aidiladha....

Waiting list untuk disembelih....

Menumbangkan lembu sebelum disembelih....

Aqad qurban....

Bismillahirrahmanirrahim.....

Ziarah keluarga mangsa konflik di Aidiladha...

Wednesday, November 9, 2011

Program Qurban AMANI 4-7 November 2011

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T Aman Pattani (AMANI) dengan kerjasama NGO pemuda di Selatan Thailand telah berjaya melaksanakan program Ziarah Qurban 1432 H pada 4-7 November 2011 yang lalu. Korban dilaksanakan di daerah Tibo di mana tiga ekor lembu telah dikorbankan dan diagihkan. Ziarah ini disertai oleh 16 wakil AMANI dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Indonesia.

Di samping program korban, para peserta diberi kesempatan untuk menziarahi dan tinggal bersama keluarga mangsa konflik. Kesempatan ini dimanfaatkan untuk berkongsi keperitan yang dilalui akibat konflik yang berlaku di bumi Pattani.

Pagi Aidiladha, para peserta turut sama melaungkan takbir dan solat sunat Aidiladha di masjid berdekatan. Usai solat, peserta bersalam-salaman dan beramah mesra dengan penduduk kampung dan dibawa menziarahi keluarga mangsa konflik.

Aidiladha bersama anak-anak Pattani...

Menziarahi keluarga mangsa konflik di Aidiladha...

Sedikit cenderahati mengiringi ziarah...

Terharu...

Doa dan harapan kami agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan sokongan semua saudara Muslim terutamanya di Malaysia. Ianya sebagai tanda sokongan dan dokongan akan realiti konflik yang melanda saudara seaqidah kita di Selatan Thai. Allahuakbar!