Wednesday, March 23, 2011

MOHON SUMBANGAN PROGRAM PENGUPAYAAN ANAK-ANAK YATIM SELATAN THAILAND KE ARAH KEAMANAN

PROGRAM PENUPAYAAN ANAK-ANAK YATIM DI SELATAN THAILAN KE ARAH KEAMANAN


persembahan nasyid daripada peserta





persembahan nasyid daripada kumpulan jemputan




peserta menerima taklimat daripada fesi



MOHON SUMBANGAN PROGRAM PENGUPAYAAN ANAK-ANAK YATIM SELATAN THAILAND KE ARAH KEAMANAN





MOHON SUMBANGAN PROGRAM PENGUPAYAAN ANAK-ANAK YATIM SELATAN THAILAND KE ARAH KEAMANAN


Program ini bertujuan untuk mengembalikan semangat kepada mereka yang kehilangan bapa /ibu untuk meneruskan pengajian akibat konflik yang berlaku di Selatan Thai sejak tahun 2004. Oleh yang demikian, pihak kami ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan sama ada dalam bentuk kewangan atau material.


Anjuran : KESATUAN WANITA SELATAN THAILAND DEMI KEDAMAIAN

(DEEP PEACE)

Tarikh : 13-22 April 2011 (10 hari)

Tempat : Satri Islam Witaya Mulniti School ( High School), Sateng,

Meang ,wilayah Jala, Thailand.

Jumlah Peserta : 200 orang peserta dengan 100 orang penggerak.


Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang, No. Akaun Bank Islam Malaysia Berhad : 7043011013136 (maklumkan jumlah kemasukan sumbagan ke hotline kami 0194131472 untuk tujuan record)

diperlukan juga sumbangan material seperti alatan tulis, buku dan sebagainya.

Pertanyaan Hotline AMANI- 0194131472 @ email: amanpattani@yahoo.com.

Wednesday, March 16, 2011

8 korban keganasan di selatan Thai

Mymetro: Khamis, 17 Mac 2011

8 korban keganasan di selatan Thai

YALA: Lapan orang terbunuh dalam beberapa serangan sepanjang tempoh 24 jam di Thai selatan semalam.

Kejadian berlaku seminggu selepas kerajaan berkata keganasan semakin meningkat di wilayah berkenaan.


Seorang guru penganut Buddha berusia 52 tahun ditembak awal semalam ketika melakukan kerja sampingannya, menoreh di sebuah ladang getah di Songkhla.

Seorang pekerja ladang juga mati akibat ditembak sementara isterinya cedera selepas mereka diserang ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di wilayah yang sama.


Tidak lama kemudian, tujuh lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kedai minum di sebuah kampung di Pattani, menyebabkan tiga lelaki Islam berusia antara 42 dan 60 tahun mati, diikuti dengan serangan di Yala yang mengorbankan seorang lelaki Islam berusia 69 tahun.


Polis berkata, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kedai minum di Narathiwat, menyebabkan dua lelaki Buddha terbunuh dan seorang cedera.

Pengkritik berkata, keganasan yang bermula sejak awal 2004 itu berpunca daripada kegagalan kerajaan menangani kekecewaan penduduk Islam yang menjadi penduduk majoriti di selatan negara itu, termasuk dakwaan menjadi mangsa pencabulan tentera. - AFP