Sunday, May 30, 2010

Taburkan Jasa Semaikan Budi


kematian tahanan di Kem Ingkhayutabarihan M.Bothong D.Nongcik W.Pattani

30 Mei 2010, Ahad – Para sukarelawan AMANI dikejutkan dengan berita kematian seorang tahanan dari Kem Ingkhayutabarihan M.Bothong D.Nongcik W.Pattani. Sukarelawan AMANI yang sedang bersiap sedia untuk pulang ke Malaysia selepas mengadakan Bengkel Pendidikan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di Pondok Haji Harun, Yala telah segera ke kem tahanan tersebut.

Sulaiman Naesa, 25 tahun telah ditangkap pada 22 Mei 2010. Menurut kenalan arwah, pada jam 9 pagi 30 Mei, keluarga arwah telah menerima panggilan dari kem tahanan yang memaklumkan kematian arwah adalah disebabkan membunuh diri. Arwah dikatakan telah menggantung dirinya dengan tuala hingga mati. Pihak keluarga arwah kemudiannya segera memaklumkan hal tersebut kepada NGO tempatan untuk menjadi saksi dalam siasatan kes kematian Sulaiman.

Arwah merupakan seorang tukang rumah yang juga merupakan anak sulung dalam keluarganya. Pihak keluarga arwah telah datang ke kem tahanan pada 27 dan 28 Mei tetapi tidak dibenarkan untuk menemui Sulaiman. Pada 29 Mei pula, Sulaiman dibenarkan menemui keluarganya tetapi Sulaiman tidak bercakap apa-apa. Wajah Sulaiman kelihatan sangat letih dan ketakutan.




Keluarga Sulaiman berkata, mayat Sulaiman telah digantung di bahagian leher dengan tuala di jendela. Terdapat banyak kesan luka di seluruh badan arwah. Di bahagian leher, dada dan perut arwah pula terdapat kesan dicucuk dengan jarum. Bapa arwah meminta pihak kem tahanan memberi bukti yang kukuh berhubung kematian anaknya memandangkan tiada bukti kukuh Sulaiman mati disebabkan bunuh diri.

Friday, May 28, 2010

Bengkel Pendidikan dan Pembangunan Jiwa 27-28 Mei 2010






Pada 27 Mei 2010, seramai 9 orang sukarelawan beserta seorang penasihat AMANI telah turun ke Ma'had Al-Bi'that Ad-Diniah yang turut dikenali sebagai Pondok Haji Harun untuk mengadakan Bengkel Pendidikan dan Pembangunan Jiwa. Program bertujuan untuk menarik minat para pelajar terhadap Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu serta menganalisa tahap penguasaan bahasa mereka supaya modul-modul pendidikan dapat dihasilkan untuk sesi akan datang. Program ini melibatkan lebih kurang 60 orang pelajar yang berumur di antara 12 tahun hingga 17 tahun. Modul program merangkumi analisis kemahiran bertutur,mendengar dan menulis.

Para sukarelawan tiba di Yala pada pukul 2.30 petang dan disambut oleh Panitia Bahasa Inggeris. Modul asal program telah diubahsuai selepas perbincangan dilakukan bersama pihak sekolah. Program dimulakan pada 27 Mei 2010, selepas isyak dengan sesi suai kenal.

Pada 28 Mei 2010, pelbagai program telah diadakan termasuklah drama, choral speaking dan nasyid. Melalui program ini, kami mendapati perlunya ada usaha berterusan bagi membantu meningkatkan keyakinan para pelajar untuk berkomunikasi dengan baik. Kami dapat merasakan bahawa para pelajar ini mempunyai potensi untuk menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik seandainya mereka diberi peluang untuk belajar dengan baik. Di sinilah terletaknya tanggungjawab kita selaku jiran terdekat mereka untuk membantu dalam pembangunan pendidikan anak-anak Patani. Program ditutup pada pukul 5 petang oleh Ustaz Salahuddin iaitu salah seorang lembaga pengarah sekolah.

Monday, May 24, 2010

ziarah mangsa konflik pada 18 Mei -19 Mei 2010

sumber utama : Yati, Hak Asasi Perikemanusiaan (HAP)

Pada 18 Mei 2010, sebuah NGO Patani iaitu Hak Asasi Perikemanusiaan (HAP) telah menganjurkan sebuah program iaitu ‘Kursus Menuju Kedamaian’ dan Ziarah Kampung Kucing Lepas. Tujuan utama program adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan hak mereka dalam undang-undang. Pendedahan ini amat penting memandangkan kebanyakkan masyarakat berada dalam ketakutan kerana mereka tidak tahu hak-hak mereka menyebabkan hak mereka dicabuli sesuka hati. Program tersebut turut disertai oleh sukarelawan daripada NGO lain iaitu JAST PEACE dan YAKIS. Alhamdulillah, program ini dihadiri oleh 100 orang peserta.








Thursday, May 20, 2010

Pertempuran di Kampung Slow

KAMPUNG SLOW, 19 Mei 2010 - Seramai 300 orang askar telah bertempur dengan 6 orang kampung selama 7 jam bermula dari 11 pagi hingga 6 petang. Dua orang kampung telah meninggal iaitu Ibrahim Semae (26 tahun) dan Abdi Jeeyerae (umur 28 tahun).

Arwah Ibrahim Semae meninggalkan seorang isteri iaitu Rohimah Semae (23 tahun) manakala arwah Abdi Jeeyerae meninggalkan seorang isteri iaitu Sakiroh Sixutae (31 tahun) dan seorang anak Mustakin Jeeyerae (4 tahun).















sumber : Chooya dari Hak Asasi Perikemanusiaan (HAP)

Wednesday, May 19, 2010

BENGKEL PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JIWA PELAJAR PONDOK DI SELATAN THAILAND




Misi ziarah kami ke Pattani untuk beberapa kali bagi mencari jalan penyelesaian terbaik dalam usaha untuk turut sama meringankan beban dan membantu saudara Muslim kita di sana. Dalam usaha ziarah kami ke pondok-pondok terbesar di Selatan Thailand telah mengetemukan kami dengan beberapa mudir dan babaya pondok. Hasil perbincangan kami dengan mudir dan babaya pondok tersebut, mereka banyak menyatakan kebimbangan mereka terhadap penggunaan Bahasa Melayu yang semakin luntur dan penguasaan Bahasa Inggeris yang sangat lemah dalam kalangan pelajar pondok malah termasuk guru-guru sendiri akibat pengaruh Bahasa Thai yang tinggi dalam masyarakat Melayu di Pattani. Perlu difahamkan seratus peratus pelajar sekolah pondok ini adalah Melayu Muslim. Perlu dijelaskan juga bahawa Melayu di sana sangat sinonim dan amat berkaitan dengan Islam itu sendiri. Oleh sebab itu, hasil perbincangan kami bersama pihak pondok tersebut untuk mengadakan satu bengkel untuk mengembalikan minat serta kesungguhan pelajar pondok ini untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi mereka dan meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa.

*******************************************************************
sedikit catatan (MESTI BACA) :

sekolah pondok haji Harun ini merupakan sebuah sekolah aliran agama dan akademik.. sekolah ini terletak di Selatan Thai (di Bandar Yala) @ wilayah Yala.

sesi pagi fokus akademik manakala sesi petang fokus agama. terdapat empat kuliah iaitu kuliyah bahasa arab, syariah, tarbiyah dan usuluddin.

jumlah pelajar kuliah ini adalah lebih kurang 600 orang. di sini juga terdapat sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 6. sekolah ini mempunyai lebih 500 orang guru. sebelum ini sekolah ini pernah mempunyai lebih kurang 8000 orang pelajar. kini pelajarnya cuma 5500 berikutan pergolakan yang berlaku di selatan thai.

********************************************************************



anak-anak pattani yang dahagakan ilmu..

SUKARELAWAN GURU DIPERLUKAN SEGERA

Kami mem
erlukan seramai 10 orang untuk menjadi sukarelawan sebagai fasilitator untuk bengkel bahasa pelajar pondok.. tawaran ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat...

Nama sekolah :
Ma'had Al-Bi'that Ad-Diniah (Sekolah Pondok Haji Harun)

Tempat :
Selatan Thai (di Bandar Yala) @ wilayah Yala

Tarikh :
27/5/2010 hingga 29/5/2010

Kemudahan :
penginapan dan makan minum insyallah akan disediakan seadanya

Anda berminat?

jika anda berminat untuk menyertai kami, anda boleh beri
nama penuh:.................................
num tel:.................................

email:..................................
umur:..........................................
bidang khusus (bagi yang masih menuntut):...................................

institusi pengajian (bagi yang masih menuntut):...................................

emailkan kepada
email AMANI - amanpattani@yahoo.com
atau boleh hubungi Hotline AMANI- 0194131472

Anda ingin menyumbang???

Untuk bantuan sumbangan kewangan boleh disalurkan atas nama Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang, No. Akaun Bank Islam : 7043011013136. Diharapkan Tuan dapat memaklumkan jumlah derma kepada pihak kami untuk tujuan rekod.

kami memerlukan dana untuk membantu menyediakan:

1)penyelenggaraan program dan bengkel pendidikan anak-anak konflik Selatan Thai
2)menyediakan kemudahan pendidikan kepada mangsa konflik Selatan Thai.

sumbangan juga boleh disalurkan dalam bentuk material ke alamat:


Aman Pattani(AMANI),
d/a Serambi Dakwah,

Lorong Bagan Lalang 22,

Taman Bagan Lalang,

13400 Butterworth, Pulau Pinang



moga Allah mengetuk pintu hati kita untuk sama-sama berjuang susah senang bersama.... amin..